Forum Tutor-Pelajar 2012

Sabtu 28 April 2012 | Pihak OUM telah menganjurkan Forum Tutor-Pelajar 2012 (Wilayah Selatan) bertempat di OUM Melaka. Penglibatan adalah bagi Tutor/Fasilitator dan Pelajar daripada Pusat-pusat Pembelajaran Melaka, Negeri Sembilan dan Melaka. Acara diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Bin Ali, Presiden OUM, dan diiringi oleh YBhg Prof Dr Shaari Bin Abdul Hamid, Naib Presiden (Institute of Teaching & Learning Advancement). Seramai 30 orang Tutor/Fasilitator telah dipilih untuk mewakili OUM Johor (Pusat Pembelajaran Johor dan Batu Pahat). Melalu program ini, para Tutor/Fasilitator dan Pelajar dapat sendiri berkongsi pelbagai maklumat mengenai pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berteraskan pendekatan "Open Distance Learning". Walaupun program ini hanya mengambil masa hanya sehari sahaja, namun ia telah berjaya mencapai matlamatnya sebagaimana ditetapkan. Semoga OUM terus sukses dan terkehadapan, khususnya dalam pembelajaran berteraskan ODL ini.

No comments:

Post a Comment