CSR Kepada Sekolah

Selasa 14 Ogos 2012 | Selaras dengan hasrat Universiti untuk menjadi sebuah organisasi bertanggungjawab kepada masyarakat yang memerlukan, pihak PP Johor telah dapat menyampaikan sumbangan khas kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sri Gunung Pulai, Kulaijaya. Sumbangan berupa 11 set komputer terpakai, 10 set overhead-projector, serta 2 set komputer baru. Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan di mana Encik Abdul Rahim Mohamed Amin (Pengarah) yang telah menyampaikannya kepada Encik Mohd Yahya Bin Said (Guru Penolong Kanan) selaku wakil pihak sekolah. Diharapkan semoga dengan sumbangan ini, pihak sekolah akan dapat membangunkan sebuah makmal komputer untuk kegunaan murid-murid mereka kelak.

No comments:

Post a Comment