Salam Aidilfitri 1433H/2012

Ahad 19 Ogos 2012 | Alhamdulillah! Setelah sebulan kita berpuasa, hari ini kita menyambut Syawal. Kami, seluruh warga kerja PP Johor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri; khususnya kepada semua Fasilitator, Tutor dan Pelajar-pelajar. Marilah kita bersama-sama meraikan Aidilfitri ini dengan penuh keceriaan dan kesejahteraan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; pertama kegembiraan ketika hari berbuka (iaitu Aidilfitri), dan gembira ketika bertemu Tuhanmu". Tidak lupa, kami semua ingin memohon keampunan dan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin telah kami lakukan (secara sedar atau tidak sedar). Selamat Hari Raya Aidlifitri! Maaf Zahir Batin!
 

No comments:

Post a Comment