Pendaftaran Pelajar Senior September 2012

Sabtu 1 September 2012 | Pada hari ini dan esok, pelajar-pelajar senior akan menyempurnakan Sesi Pendaftaran bagi Semester September 2012. Pelajar-pelajar dikehendaki hadir ke Kaunter-kaunter Pendaftaran yang telah disediakan. Sekiranya, mereka telah membuat pembayaran minimum (atau pembayaran penuh), pendaftaran mereka untuk semester akan datang itu akan disahkan (termasuklah UKR03 Module Collection Slip). Sementara itu, pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) turut membuka kaunter tunai khas kepada mana-mana pembayaran tunai yang ingin dilaksanakan pelajar. Kepada semua pelajar senior, pihak OUM mengucapkan Selamat Kembali.

No comments:

Post a Comment