Sabtu 23 Februari 2012 | OUMJohor dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Dan Bahasa OUM Kuala Lumpur telah mengadakan Sesi Taklimat Khas sempena penggunaan Educational Portal for Internet Courses (EPIC) bertempat di Makmal Komputer 3. Sesi yang bermula jam 3.00 petang telah melibatkan seramai lima orang tutor yang bakal terlibat dengan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran secara online sepenuhnya, iaitu Puan Aidah Binti Kamaruddin, Puan Pratheepa O.C. Rajaratnam, Encik Mohd Lokman Abdullah, Encik Jaafar Jamian, dan Encik Kamarudin Yusof.
Pendaftaran & Taklimat Pelajar Baru PPG Januari 2012
Sabtu 23 Februari 2012 | OUM Johor telah mengadakan Sesi Taklimat & Pendaftaran Pelajar-pelajar Baru Program Pensiswazahan Guru-guru (PPG) Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Ambilan Semester Januari 2012 bertempat di Dewan MPC Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Seramai hampir 400 orang pelajar baru terdiri daripada guru-guru sekolah rendah/menengah telah hadir mendaftar. Selain daripada Taklimat OUM oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Pengarah OUM Johor, para pelajar juga diberikan taklimat khas oleh Tuan Haji Ibrahim Sakimin, Ketua Penolong Pengarah, BPG, KPM serta Puan Zuraidah Khamsiah Nordin, Penolong Pengarah di bahagian yang sama. Sebagai simbolik kepada sempurnanya proses pendaftaran tersebut, lafaz Ikrar Pelajar juga dilaksanakan. Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu telah selesai pada jam 5.30 petang.
Karnival Sukan OUM Wilayah Selatan 2012
Jumaat 17 Februari 2012 | OUM Johor telah menganjurkan Karnival Sukan OUM Wilayah Selatan Tahun 2012 selama dua hari berturut-turut. Program ini merupakan anjuran bersama dengan Pusat Pengurusan Pelajar (CSM) OUM Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat kerjasama dan penyertaan daripada OUM Melaka dan OUM Negeri Sembilan. Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk (i) memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar-pelajar, (ii) mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dengan tubuh badan yang cergas, (iii) menjadi platform utama dalam mencungkil bakat dan potensi pelajar khususnya untuk mewakili universiti, serta (iv) mewujudkan jalinan setiakawan dan
silaturrahim di antara pelajar dan staf-staf universiti. Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah Futsal (Lelaki/Wanita), Bola Jaring, Bowling (Terbuka), Dart (Terbuka), Karom (Terbuka) dan Ping Pong (Terbuka). Keputusan keseluruhan; Pasukan Paling "Sporting" ialah OUM Negeri Sembilan, Pasukan "Fairplay" ialah OUM Melaka, dan Pasukan Juara Keseluruhan ialah OUM Johor! Tahniah kepada menang! Semoga aktiviti kesukanan sebegini akan dapat merapatkan hubungan antara OUM dan para pelajarnya. Sukan untuk semua!
Hari Terbuka OUM Johor Bersama Menteri Pengajian Tinggi
Sabtu 12 November 2011 | Bermula jam 9.00 pagi
hingga 5.00 petang, bertempat di OUMJohor, Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Program Hari Terbuka OUMJohor Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah diadakan. Acara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir memeriahkan acara adalah YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor OUM, serta kesemua GMC Kumpulan Meteor. Pelbagai acara menarik telah dilaksanakan. Antaranya ialah Ceramah Khas oleh Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Angkasawan Negara. Selain itu, prebiu Program Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh Institute of
Professional Development (IPD) OUM turut diadakan. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan. Sambutan meriah daripada warga kerja OUMJohor, para tetamu serta masyarakat setempat amat-amat dihargai. Terima kasih untuk semua!
Kursus Microsoft Office/Word 2007/2010
Sabtu 22 Oktober 2011 | OUMJohor telah menganjurkan kursus jangka pendek, Microsoft Office - Word 2007/2010. Seramai 20 orang peserta telah mengikuti program tersebut, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Peserta terdiri daripada
pelajar-pelajar OUMJohor. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Norazlan Nordin, Tutor OUMJohor yang merupakan seorang "Microsoft Certified Trainer". OUMJohor berharap, semoga program ini dapat memperbaiki pengetahuan mereka khususnya dalam perisian pemprosesan perkataan tersebut, sekaligus membantu mereka menggunapakainya dalam kerja-kerja berkaitan pembelajaran mereka . Pihak OUMJohor dijangkakan akan mengadakan kursus selanjutnya iaitu Microsoft Excel dan juga Microsoft Powerpoint. Kepada pelajar yang berminat, bolehlah segera mendaftar di Kaunter Perkhidmatan Pelajar OUMJohor. Memandangkan tempat adalah terhad, bakal peserta dijemput segera mendaftar!
Sambutan Aidilfitri 2011
Ahad 25 September 2011 | Bersempena dengan kemeriahan bulan Syawal, OUMJohor dengan kerjasama Kelab Pelajar OUM Johor telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat OUMJohor, bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Perasmian sambutan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Pengarah OUMJohor. Para fasilitator, tutor, pelajar, staf dan masyarakat setempat telah dijemput hadir. Selain daripada jamuan, OUMJohor turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan-golongan kurang bernasib baik dari kawasan sekitar Johor Bahru (melibatkan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal). Di samping itu, OUMJohor turut menyampaikan cek pampasan kepada waris pelajar OUMJohor yang terlibat dalam kecelakaan. OUMJohor mengharapkan semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan seluruh warganya, termasuklah masyarakat setempatnya. Apa yang menarik, kehadiran tidak hanya melibatkan warga OUM dari kalangan kaum Muslim sahaja, tetapi turut dihadiri oleh kaum Cina, India dan lain-lain. Kepada semua, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
Sukan Santai OUM Johor 2011
Sabtu 16 Julai 2011 | OUMJohor dengan kerjasama Kelab Pelajar OUM Johor telah mengadakan program Sukan Santai OUM Johor 2011. Pelbagai acara permainan in-door telah dilaksanakan, antaranya karom, ping pong dan dart. Acara permainan untuk kanak-kanak (melibatkan anak-anak warga OUM Johor) juga turut diadakan. Gerai-gerai
jualan juga turut disediakan. Seramai lebih kurang 100 peserta telah
hadir dalam acara tersebut yang terdiri daripada staf-staf, para pelajar, para tutor/fasilitator, serta masyarakat awam berdekatan. Diharapkan dengan penganjuran aktiviti sedekimian, akan dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk beriadah, merapatkan silaturrahim
di samping mempraktikkan ilmu dan pengetahuan sebagaimana telah dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. OUMJohor mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Bengkel Kemahiran Belajar & Bengkel Kemahiran Maklumat
Ahad 15 Mei 2011 | OUMJohor telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Belajar (BKB) dan Bengkel
Kemahiran Maklumat (BKM) diadakan di Dewan Serbaguna, Aras Mezanine, bermula jam 8.00 pagi. Seramai 100 orang pelajar-pelajar baru telah mengikuti bengkel-bengkel tersebut.
Aturcara Program :
8.00 pagi - Pendaftaran Peserta
8.30 pagi - Pengenalan Kepada OUM oleh Pengarah OUMJohor
9.00 pagi - Modul 1 : Open And Distance Learners oleh Encik Norazlan Nordin
9.30 pagi - Modul 2 : Optimizing myVLE oleh Puan Nurashikin Mohd Yassin
10.00 pagi - Rehat/Jamuan
8.00 pagi - Pendaftaran Peserta
8.30 pagi - Pengenalan Kepada OUM oleh Pengarah OUMJohor
9.00 pagi - Modul 1 : Open And Distance Learners oleh Encik Norazlan Nordin
9.30 pagi - Modul 2 : Optimizing myVLE oleh Puan Nurashikin Mohd Yassin
10.00 pagi - Rehat/Jamuan
10.30 pagi - Modul 3 : Passage To Success oleh Pengarah OUMJohor
11.00 pagi - Soal Selidik
11.30 pagi - BKM oleh Ketua Pustakawan OUM Kuala Lumpur
11.00 pagi - Soal Selidik
11.30 pagi - BKM oleh Ketua Pustakawan OUM Kuala Lumpur
12.30 tengahari - Bersurai
Mesyuarat Tutor/Fasilitator
Sabtu 14 Mei 2011 | Sesi Latihan Tutor/Fasilitator Baru dan Sesi Latihan Semula Tutor/Fasilitator Kanan untuk semester akan datang telah diadakan pada jam 5.00 petang. Objektif utama sesi ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan tutor/fasilitator baru dengan rakan-rakan sekerja mereka yang sedia ada. Selain itu, OUMJohor telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan sesi-sesi tutorial dan hal-hal pentadbiran yang berkaitan. Hampir seramai 100 orang tutor/fasilitator telah hadir. Pada akhir sesi, tutor/fasilitator serta staf-staf OUMJohor telah sama-sama menikmati jamuan ringan yang disediakan. Semoga semua Tutor/Fasilitator dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sesempurnanya.
Sesi Pendaftaran & Pengambilan Modul Semester Mei 2011
Selasa 3 Mei 2011 | Sesi Pendaftaran & Pengambilan Modul Semester
Mei 2011 telah dilaksanakan pada 3-8 Mei 2011. Ia dilaksanakan secara
"non-event" bagi mengelakkan kesesakan khusunya pada waktu puncak. Lazimnya, pelajar-pelajar kanan lebih selesa membuat urusan pendaftaran mengikut tarikh bukan waktu puncak. Kaedah pendaftaran ini telah mewujudkan suasana pendaftaran lebih terkawal dan sesuatu
urusan dapat diselesaikan dengan lebih sistematik.
Hari Terbuka Iskandar Malaysia 2011
Jumaat 22 April 2011 | Acara ini merupakan Hari Terbuka kali ke-5 yang telah dikendalikan oleh Iskandar Malaysia. Ia diadakan selama 3 hari, bertempat di Atrium, City Square, Johor Bahru, bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Penyertaan OUMJohor pada tahun ini merupakan penyertaan kali kedua. OUMJohor telah membuka kaunter iaitu bagi membantu bakal-bakal pelajar mendapatkan maklumat mengenai program-program pengajian di OUMJohor. Encik Ismail Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Malaysia turut meluangkan masa mengunjungi kiosk OUM. Delegasi OUMJohor telah diketuai oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Pengarah OUMJohor. Selain penerangan, sesi pendaftaran terus secara atas talian/online turut disediakan.
Tarikh Penting Semester Mei 2011
Khamis 21 April 2011 | Para pelajar adalah dinasihatkan untuk
mengambil makluman dan perhatian tentang tarikh-tarikh penting bagi semester semasa ini.
Pendaftaran Online (Koleksi Pertama) : 4 - 17/3/2011
Pendaftaran Online (Koleksi Ke-2) : 25/4 - 8/5/2011
Tarikh Tutup
Gugur Kursus : 6/4/2011
Permohonan Pembelajaran Secara Online : 4/3 - 29/5/2011
Tarikh Akhir Diskaun 10% : 20/5/2011
Tarikh Akhir Bayaran : 8/5/2011
Iklan Kemasukan Fleksibel Bagi Ambilan Mei 2011
Rabu 20 April 2011 | OUMJohor menjemput bakal-bakal pelajar untukmelanjutkan pendidikan masing-masing di Open University Malaysia. Kini, OUM menawarkan kemasukan melalui Program Kemasukan Fleksibel, kaedah khas TERKINI yang pertama di
Malaysia!
Kiosk eCRM
Selasa 19 April 2011 | OUMJohor (PP Johor Bahru) telah memasang tiga unit set komputer iaitu sebagai Kiosk e-Customer Relationship Management (eCRM). Ia terletak bersebelahan dengan Kaunter Pertanyaan PP Johor Bahru. Dengan menggunakan kemudahan ini, para pelajar akan dapat memberi maklum balas mengenai perkhidmatan OUM/OUMJohor menerusi platform eCRM tersebut. Selain daripada itu, kiosk ini juga membenarkan akses ke myVLE, serta Blog OUM Johor. Diharapkan, para pelajar dapatlah memanafaatkan kemudahan ini dengan sebaiknya.
PP Batu Pahat Dalam OUM Today (#81)
Isnin 18 April 2011 | Pusat Pembelajaran Batu Pahat merupakan pusat pembelajaran OUM yang kedua dibuka di Johor. Ia telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 yang lepas, iaitu sebagai memenuhi keperluan dan permintaan pelajar-pelajar khususnya di bahagian utara negeri Johor (Batu Pahat, Kluang, Muar, Ledang, Segamat serta kawasan-kawasan berdekatan lain). Rekabentuknya yang canggih telah mendapat pengiktirafan oleh Institut Arkitek Malaysia (Kategori Bangunan Komersial) Tahun 2007. OUMjohor berharap dengan pembukaan PP Batu Pahat ini, para pelajar akan terus bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan pengajian masing-masing. Untuk mengikuti maklumat lanjut mengenainya, sila klik di sini.
Prebiu Pemasaran Mei 2011
Ahad 17 April 2011 | Suatu sesi prebiu telah dilaksanakan di Ballroom Hotel Paragon, Johor Bahru, bermula jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Seramai 43 orang bakal pelajar telah menghadiri sesi ini. Sementara itu, 6 orang turut menyertainya dengan mengikuti taklimat secara online. Melalui sesi ini, bakal-bakal pelajar berpeluang untuk mengajukan pelbagai pertanyaan mengenai program-program pengajian yang ditawarkan di OUMJohor. Sesi taklimat dan penerangan telah diketuai oleh Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Pengarah OUMJohor, dan dibantu oleh staf-staf OUMJohor yang lain.
Tabung Bantuan Gempa Bumi Dan Tsunami Jepun
Sabtu 2 April 2011 | OUMJohor dengan kerjasama
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Johor telah melancarkan kutipan derma
bagi mengisi Tabung Bantuan Gempa Bumi Dan Tsunami OUM-Jepun. Pihak pentadbiran telah menyediakan tabung-tabung kutipan derma di Lobi Utama OUMJohor. Kempen ini berterusan sehingga 17 April 2011. Sehubungan dengan itu, OUMJohor menyeru seluruh warga OUMJohor semua untuk sama-sama menderma seikhlas mungkin bagi mengumpul dana untuk tabung ini. Mudah-mudahan sumbangan kita ini akan dapat meringankan
penderitaan mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami tersebut. Walaupun sumbangan ikhlas ini kecil tetapi ia tentulah amat besar ertinya bagi mereka yang memerlukan. Kepada yang telah menderma, OUMJohor mengucapkan ribuan Terima Kasih!
Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011
Sabtu 2 April 2011 | Hari ini merupakan hari pertama Peperiksaan
Akhir Semester Januari 2011. Seramai 255 orang pelajar telah selamat menduduki Sesi 1 dan Sesi 2.
Sebanyak 4 buah Dewan Peperiksaan (A, B, C dan D) yang baru dan sebuah Kelas Peperiksaan (E) telah digunakan. Secara keseluruhannya, peperiksaan telah berjalan dengan lancar. Peraturan-peraturan Peperiksaan Akhir yang baru telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sementara itu, 2 orang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) pula telah menduduki peperiksaan sama di bilik khas yang disediakan.
Tutorial Pertama Program SMP (Ambilan Khas)
Ahad 27 Mac 2011 | Hari ini, sesi Tutorial Pertama bagi Program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) Ambilan Khas Semester
Mac 2011 telah bermula. Seramai 220 orang pelajar yang
terdiri daripada guru-guru di sekitar Daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai, Pontian
dan Kota Tinggi telah mengikuti program ini. Pada semester ini, mereka telah menduduki subjek-subjek OUMH1103, HBEF2103 dan
HBEF3103. Program pengajian ini merupakan sebahagian daripada
inisiatif oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mensiswazahkan semua
guru-guru Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. OUMJohor amat berbesar hati menerima kehadiran pelajar-pelajar baru sekalian. Diucapkan kepada semua, Selamat Belajar dan Semoga Berjaya dalam pengajian masing-masing.
Taklimat Pengambilan Pelajar Baru Mei 2011
Sabtu 26 Mac 2011 | Hari ini, sesi Preview Pengambilan Pelajar Baru Semester Mei 2011 telah dilaksanakan di PP Johor Bahru bermula jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Seramai 36 orang bakal pelajar telah menghadiri sesi tersebut, termasuklah kehadiran walk-in seramai 6 orang. Taklimat telah
disampaikan oleh Pengarah OUMJohor, Encik Abdul Rahim Mohamed Amin. Majlis
juga turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang graduan OUMJohor, ASP Champin Piuh untuk berkongsi pengalaman belajar beliau di OUMJohor dengan
bakal-bakal pelajar baru. Pada hari yang
sama juga, PP Batu Pahat turut mengadakan sesi preview serupa. iaitu bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Taklimat telah
disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Puan Azlina Adnan. Seramai 21 orang
yang hadir, termasuklah 5 orang bakal pelajar secara walk-in. Tujuan sesi preview ini dilaksanakan adalah untuk memberikan peluang kepada
bakal-bakal pelajar untuk mengenali dan memahami program-program yang
ditawarkan oleh OUM dengan lebih dekat lagi.
Selamat Datang
Jumaat 25 Februari 2011 | Selamat Datang diucapkan kepada semua Fasilitator-fasilitator, Tutor-tutor, Pelajar-pelajar dan anda semua ke laman Blog Rasmi Open University Malaysia - Johor ini. Kami akan berkongsi segala maklumat berkaitan pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik serta perkembangan-perkembangan lain OUMJohor keseluruhannya meliputi Pusat Pembelajaran Johor Bahru dan Batu Pahat. Kami berharap, perkongsian ini kelak akan memberikan manafaat kepada kita semua. Salam Berblog untuk semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)